Lesen PSV Pemandu Grab Johor Bahru

Panduan Memiliki Lesen PSV Bagi Pemandu Grab Johor Bahru

lesen PSV

Untuk memiliki lesen PSV bagi pemandu di Johor Bahru anda perlu melakukan perkara berikut (dan lulus dengan jayanya bagi setiap peringkat). Untuk maklumat lanjut berkenaan panduan memohon lesen PSV untuk pemandu Grab sila baca dan fahami dengan teliti proses-proses yang anda akan jalani:

1) Pemeriksaan kesihatan Di Klinik Kawasan Johor Bahru:

Perkara yang pertama sekali sekiranya anda ingin mendapatan lesen PSV anda perlu lah memuat turun PEMERIKSAAN KESIHATAN PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL JPJ L8A dibawah ini print dan lengkapkan boring ini sebelum anda hadir ke Klinik yang berhampiran tempat tinggal anda untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut. Untuk pemandu Grab di Johor Bahru kami mencadangkan anda untuk hadir ke klinik ini:

lesen psv

Poliklinik Ridha
No 9 Jalan Dataran Larkin 3,
Larkin Jaya,
80350 Johor Bahru,
Johor
Lokasi
: https://goo.gl/maps/7QTRRVA7rBgerpWD8

Maklumat Penting disini:
Kos Pemeriksaan = RM51
Muat Turun Borang JPJL8A
*Apabila anda selesai membuat pemeriksaan kesihatan sila simpan laporan kesihata untuk proses pendaftaran kelas memandu lesen PSV.
*Simpan resit pembayaran untuk tujuan claim bayaran subsidi dari pihak grab (tertakluk terma dan syarat)

2) Proses Pendaftaran Kelas Di Institut Memandu Di Johor Bahru

Untuk proses ini kami menyarankan anda untuk mendaftar kelas teori psv pemandu e-hailing disediakan oleh .

psv lesen

INSTITUT MEMANDU BUNGA RAYA
Lot 5983, jalan pontian, kangkar pulai bahru, 81100 johor bahru, johor.
Tel: 607-5272645 / 5272322
fax : 607-527

Lokasi : https://goo.gl/maps/oNvBbwqxqRVgK8Hz9

Dengan harga rm120 untuk kelas teori dan ujian psv adalah munasabah untuk mendaftar disini.
Sila sediakan dokumen seperti dibawah sebelum mendaftar disini:

  1. Salinan ic pemandu
  2. Salinan lesen memandu (lesen memandu malaysia sahaja lesen memandu singapura tidak layak)
  3. Laporan kesihatan yang telah lengkap diisi dan lulus pemeriksaan kesihatan
  4. Sediakan wang yuran rm120 untuk proses pembayaran dikaunter pendaftaran

Maklumat tambahan:
*Senarai Sekolah Memandu Seluruh Malaysia
*Jadual waktu kelas kebiasaan disini pada setiap hari Khamis
*jadual waktu Ujian bertulis kebiasaaan pada hari Ahad
*Sila rancang jadual waktu anda dengan sebaiknya sebelum membuat pendaftaran
*Simpan resit pembayaran untuk tujuan claim bayaran subsidi dari pihak grab (tertakluk terma dan syarat)

3) Hadir Ke Kelas Teori 6 Jam Seperti Yang Ditetapkan

Untuk hadir ke kelas anda dinasihatkan untuk hadir lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakan kesesakan lalu lintas dan mnyebabkan anda gagal untuk membuat pengesahan kehadiran.

Seterusnya pastikan anda membawa dokumen yang paling penting iaitu kad pengenalan anda  untuk proses “thumb print” dan pastika cip kad pengenalan anda tidak rosak yang mungkin menyebabkan kegagalan untuk proses pengesahan kehadiran.

Dari segi etika pemakaian, anda diwajibkan untuk mengenakan pakaian yang kemas dan tidak menjolok mata, di syorkan untuk memakai t-shirt berkolar dan berkasut.

Maklumat tambahan:
*Nota Teori Kelas PSV


4) Hadir Ke Ujian Bertulis PSV

Peperiksaan PSV: Peperiksaan ini dijalankan oleh pihak JPJ. Selepas menghadiri kelas teori, anda akan mendapat jemputan untuk hadir dalam peperiksaan. Tempoh masa ialah sejam (60 minit) dan terdapat 60 soalan objektif untuk anda jawab.

Semak Tarikh Dan Waktu Ujian ( Boleh Semak 2hari Sebelum Tarikh Exam)

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/tarikh-ujian-memandu

Selasai kelas teori kebiasaanya pihak institute memandu akan memaklum kepada anda tentang jadual untuk menduduki ujian bertulis selama 1 jam.  Sila pastikan tarikh dan waktu anda adalah tepat bagi mengelakan anda tidak dapat masuk ke dewan peperiksaan nanti.

Pastikan anda telah membuat ulangkaji sebelum menduduki ujian bertulis bagi mengelakkan anda gagal ujian tersebut. Untuk makluman anda markah untuk lulus ujian psv ada 48/60.

Sekira nya anda gagal dalam ujian tersebut maka anda akan dikenakan bayaran tambahan untuk menduduki semula ujian tersebut.

Tolong sediakan peralatan menulis sperti pen,pensil dan pemadam untuk mengelakan anda mengalami kesulitan ketika menghadapi ujian tersebut.

Sila datang awal dan berpakaian kemas  serta pastikan kad pengenalan anda dibawa bersama.

Apabila selesai menduduki ujian tersebut anda boleh lah menyemak keputusan exam anda di bawah:
Semak Keputusan Ujian Psv
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu

5) Permohonan Kad PSV Di Kaunter Jpj

Apabila anda telah lulus ujian bertulis, maka langkah terakhir anda perlulah menyediakan semua dokumen dibawah untuk proses permohonan kad psv di:

Kompleks JPJ,
Karung Berkunci 714,
Jalan Kencana Mas 1,
81100 Johor Bahru, Johor

Lokasi : https://goo.gl/maps/EW1RLszR6ao8LYJg8

Jangan lupa untuk sediakan gambar anda berukuran passport 1 keping latar belakang mestilah berwarna putih dan sediakan wang RM20-RM30 untuk bayaran dikaunter jpj nanti.

Dokumen yang diperlukan:

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah  berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
  4. Borang JPJL8A. (Borang pemeriksaan kesihatan permohonan lesen vokasional) Borang JPJL12.
  5. Sijil JPJL2C
  6. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  7. Bayaran RM20.00
  8. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)

Selesai semua proses diatas maka dengan ini kami mengucapankan tahniah kepada anda kerana telah Berjaya mendapatkan Lesen PSV Ehailing ini. Setelah anda dapatkan kad PSV sila update dengan admin pendaftaran pemandu Grab anda untuk mereka menyelesaikan proses pendaftaran pemandu grab anda dan menyelesaikan Proses Permohonan permit memandu ehailing ( EVP).  Dengan panduan mudah kami ini, anda bakal menikmati penjimatan seperti berikut:

  • Jimat masa: Tidak perlu membuka pelbagai laman web untuk mengenal pasti senarai dokumen yang diperlukan kerana kami sudah menyenaraikannya untuk anda.
  • Jimat minyak kereta: Tidak perlu berulang kali pergi ke Pejabat JPJ atau Grab Driver Centre kerana panduan kami menyediakan maklumat yang anda perlukan.

Panduan mendaftar pemandu Grab, dari kami, untuk anda. Kerana kami juga pemandu Grab.

UNTUK DAFTAR PEMANDU GRAB JB KLIK DISINI

UNTUK BANTUAN KHIDMAT NASIHAT PERMOHONAN LESEN PSV KLIK DISINI