GrabCar adalah perkhidmatan e-hailing yang membolehkan pemandu menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada penumpang melalui aplikasi Grab. Jika anda berminat untuk menjadi pemandu GrabCar, Grab Hub Cheras adalah lokasi terbaik untuk memulakan pendaftaran anda. Anda juga boleh daftar grabfood dan lesen PSV di Grab Hub Cheras.
Kenapa Pilih Grab Hub Cheras untuk Pendaftaran GrabCar?
Grab Hub Cheras menyediakan pelbagai kemudahan untuk memudahkan proses pendaftaran:
- Bantuan pendaftaran secara langsung untuk memastikan semua dokumen lengkap.
- Sokongan teknikal untuk aplikasi dan sistem Grab.
- Penerangan tentang syarat dan keperluan pendaftaran dengan jelas.
- Kursus PSV dan latihan asas untuk mempersiapkan pemandu sebelum memulakan tugas.
Syarat Kelayakan Pemandu GrabCar
Warganegara Malaysia dengan MyKad biru.Umur Minimum: 21 tahun ke atas.Lesen Memandu Penuh: Lesen D (bukan P).Kenderaan Berdaftar: Milik sendiri atau syarikat (dimiliki rakyat Malaysia).Insurans Kenderaan: Nama pemohon mesti tersenarai dalam polisi.Rekod Bersih: Tiada rekod jenayah dan saman tertunggak.
Dokumen yang Diperlukan untuk Pendaftaran GrabCar
Antara dokumen yang diperlukan:-
Kad Pengenalan (IC) – Salinan depan dan belakang.
Lesen Memandu – Lesen penuh yang masih sah.
Gambar Berukuran Pasport – Latar belakang putih.
Geran Kenderaan – Nama pemohon mesti sepadan.
Polisi Insurans Kenderaan – Nama pemohon perlu disenaraikan.
Penyata Bank – Untuk pembayaran pendapatan.
Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (e-Hailing) – Wajib untuk kenderaan berumur 3 tahun ke atas.
Laporan Kesihatan JPJ (Borang JPJL8A) – Disahkan oleh doktor.
Lesen PSV (Public Service Vehicle) – Lesen sah untuk membawa penumpang.
Proses Pendaftaran GrabCar di Grab Hub Cheras
1. Semak Kelayakan dan Dokumen
Sebelum hadir ke Grab Hub Cheras, pastikan semua dokumen lengkap dan memenuhi keperluan yang ditetapkan.
2. Hadir ke Grab Hub Cheras
Bawa semua dokumen untuk diserahkan kepada pegawai bertugas. Anda akan dibimbing untuk melengkapkan borang permohonan.
3. Hadiri Kursus PSV
- Tempoh: 6 jam teori.
- Lokasi: Kursus disediakan di Grab Hub Cheras dengan tenaga pengajar bertauliah.
- Selepas kursus, anda boleh menghantar permohonan lesen PSV ke JPJ.
4. Ujian Kenderaan dan Insurans
- Pastikan kenderaan anda telah diperiksa di PUSPAKOM.
- Insurans mesti meliputi perlindungan e-hailing.
5. Aktifkan Akaun GrabCar
Selepas semua dokumen disahkan, akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 3–7 hari bekerja. Anda boleh mula menerima tempahan penumpang selepas itu!