GrabFood ialah platform penghantaran makanan yang popular di Malaysia, di mana pelanggan boleh memesan makanan dan minuman dari restoran kegemaran mereka. Jika anda berminat untuk menjadi rakan penghantar GrabFood, Grab Hub Cheras adalah lokasi terbaik untuk memulakan pendaftaran anda. Anda juga boleh daftar grabcar dan lesen PSV di Grab Hub Cheras.
Kenapa Daftar GrabFood di Grab Hub Cheras?
Grab Hub Cheras menawarkan:
- Proses pendaftaran yang cepat dan mudah.
- Bimbingan profesional untuk memastikan semua dokumen lengkap.
- Kemudahan latihan asas untuk memahami sistem GrabFood.
- Sokongan teknikal dan akaun untuk membantu anda selepas pendaftaran.
Kelayakan Menjadi Rakan Penghantar GrabFood
- Umur Minimum: 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia: Memiliki MyKad biru.
- Kenderaan: Motosikal atau kereta yang didaftarkan secara sah.
- Lesen Memandu: Lesen motosikal (B/B2) atau lesen kereta (D) yang sah.
- Insurans Kenderaan: Nama penghantar mesti tersenarai dalam polisi insurans.
- Telefon Pintar: Android atau iOS dengan sambungan internet yang stabil.
Dokumen yang Diperlukan untuk Pendaftaran GrabFood
Antara dokumen yang diperlukan:-
Kad Pengenalan (IC) – Salinan depan dan belakang.
Lesen Memandu – Lesen yang masih sah.
Geran Kenderaan – Salinan geran motosikal atau kereta.
Polisi Insurans Kenderaan – Nama pemohon mesti tersenarai.
Gambar Berukuran Pasport – Untuk tujuan pengenalan.
Penyata Bank – Untuk pembayaran komisen setiap minggu.
Proses Pendaftaran GrabFood di Grab Hub Cheras
Daftar Secara Online
- Layari laman web rasmi Grab atau aplikasi Grab Driver.
- Isi borang pendaftaran dengan maklumat peribadi dan butiran kenderaan.
2. Hadir ke Grab Hub Cheras
- Bawa semua dokumen yang diperlukan untuk pengesahan.
- Pegawai di Grab Hub akan menyemak kelengkapan dokumen anda.
3. Latihan dan Pengenalan Sistem
- Anda akan diberikan taklimat ringkas tentang penggunaan aplikasi Grab Driver.
- Latihan merangkumi cara menerima pesanan, menghantar makanan, dan mengurus pembayaran.
4. Aktifkan Akaun Anda
- Selepas latihan, akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 1–3 hari bekerja.
- Anda boleh mula menerima pesanan melalui aplikasi Grab Driver.