Laman web kami: http://grabdriver.com.my.
Kami mengumpul Data Peribadi tentang anda melalui cara-cara yang
disenaraikan di bawah. Kami juga mungkin menggabungkan Data Peribadi
yang dikumpul dengan Data Peribadi lain dalam simpanan kami.
Anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami
Kami mengumpul Data Peribadi anda apabila anda memberikannya kepada
kami secara sukarela. Sebagai contoh, anda memberikan Data Peribadi anda
kepada kami apabila anda:
Apabila Perkhidmatan kami digunakan
Data Peribadi mungkin dikumpul melalui operasi biasa Perkhidmatan kami. Beberapa contoh adalah:
Dari sumber-sumber lain
Apabila kami mengumpul Data Peribadi daripada sumber-sumber lain,
kami memastikan bahawa data tersebut dipindahkan kepada kami mengikut
undang-undang yang terpakai. Sumber-sumber tersebut termasuk:
Data Peribadi mengenai rakan kongsi pemandu
Jika anda seorang rakan kongsi pemandu, kami mungkin mengumpul:
Data Peribadi Sensitif
Sebahagian maklumat yang kami kumpul mungkin bersifat sensitif. Ini
termasuklah maklumat seperti bangsa, dan kesihatan atau kepercayaan
agama anda. Kami hanya mengumpul maklumat ini apabila diperlukan untuk
mematuhi keperluan perundangan atau peraturan.
Data peribadi individu bawah umur
Sekiranya Data Peribadi individu bawah umur (iaitu, individu di bawah
umur 18 tahun) dizahirkan kepada Grab, anda dengan ini bersetuju dan
membenarkan pemprosesan Data Peribadi tersebut sebagai ibu bapa atau
penjaga sah individu bawah umur tersebut (atau bersetuju untuk
mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sah inidividu
bawah umur tersebut) dan seterusnya menerima dan memberi persetujuan
untuk terikat dengan Dasar ini dan bertanggungjawab atas tindakan
individu tersebut.
Sekiranya anda adalah individu bawah umur tetapi ingin memberi data
peribadi anda kepada Grab, anda bersetuju dan mengesahkan bahawa anda
telah mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah anda untuk
terikat kepada Dasar ini terlebih dahulu.
Apabila anda memberikan data peribadi individu lain kepada kami
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin memberikan Data Peribadi
individu-individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga atau rakan)
kepada
kami. Sebagai contoh, anda mungkin memberikan maklumat mereka sebagai
orang hubungan kecemasan anda. Sekiranya anda memberi Data Peribadi
mereka kepada kami, anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah
memperolehi persetujuan mereka supaya Data Peribadi mereka dikumpulkan,
digunakan, diproses dan dizahirkan seperti yang dinyatakan dalam Dasar
ini.
Alpha Grab mungkin menggunakan, menggabungkan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan“).
Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri
Data Peribadi Anda akan digunakan untuk membekalkan, memperibadikan,
mengekalkan dan menambah baik Perkhidmatan kami. Ini termasuklah
penggunaan Data Peribadi anda untuk:
Keselamatan
Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk memastikan keselamatan Perkhidmatan kami dan semua pengguna. Ini termasuk:
Sokongan pengguna
Kami menggunakan Data Peribadi untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pengguna. Sebagai contoh, kami mungkin:
Penyelidikan dan pembangunan dan keselamatan
Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk
ujian, penyelidikan, analisis dan pembangunan produk. Ini membolehkan
kami memahami dan menganalisis keperluan dan keutamaan anda, melindungi
data peribadi anda, memperbaiki dan menambah baik keselamatan
perkhidmatan kami, membangunkan ciri-ciri baharu, produk dan
perkhidmatan, dan memudahkan solusi insurans dan kewangan.
Tujuan undang-undang
Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk
menyiasat dan menyelesaikan tuntutan atau pertikaian, atau sebagaimana
yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.
Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda apabila kami
dikehendaki, dinasihatkan, disyorkan, dijangka atau diminta berbuat
demikian oleh penasihat undang-undang kami atau mana-mana pihak berkuasa
perundangan, pihak berkuasa, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau
asing.
Sebagai contoh, kami boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk:
Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda berkaitan dengan
penggabungan, pengambilalihan, usaha sama, penjualan aset syarikat,
penyatuan, penstrukturan semula, pembiayaan, transaksi aset perniagaan,
atau pengambilalihan semua atau sebahagian daripada perniagaan kami oleh
syarikat lain.
Kami perlu berkongsi Data Peribadi dengan pelbagai pihak untuk Tujuan. Pihak-pihak ini termasuk:
Pengguna lain
Sebagai contoh, jika anda seorang penumpang, kami mungkin berkongsi lokasi pick-up dan drop-off anda dengan pemandu.
Dengan pemilik akaun Grab yang anda mungkin guna
Sebagai contoh, majikan anda mungkin menerima data perjalanan anda apabila anda menggunakan akaun ‘Grab for Business’ majikan anda.
Dengan anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu
Kami berkongsi Data Peribadi dengan subsidiari kami, syarikat bersekutu, dan entiti kawalan bersama.
Dengan pembekal perkhidmatan dan rakan kongsi perniagaan Grab
Kami mungkin membekalkan Data Peribadi kepada vendor, perunding,
rakan kongsi pemasaran, firma penyelidikan, dan pembekal perkhidmatan
atau rakan kongsi perniagaan kami. Ini termasuk:
Dengan penasihat undang-undang dan pihak berkuasa kerajaan
Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan penasihat
undang-undang kami, pegawai penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa
kerajaan dan pihak ketiga yang berkenaan. Ini mungkin berlaku untuk memenuhi tujuan undang-undang (seperti yang disebutkan di atas), atau dalam mana-mana keadaan berikut:
Kami mengekalkan Data Peribadi anda selagi anda mengekalkan akaun
Grab anda. Apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk
Perkhidmatan atau Tujuan, atau kami tidak lagi mempunyai keperluan di
bawah undang-undang atau keperluan perniagaan untuk mengekalkan Data
Peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah untuk memusnahkan atau
menghapuskan secara kekal penggunaan Data Peribadi tersebut untuk
sebarang tujuan selain daripada bagi tujuan pematuhan dengan
undang-undang, dasar privasi ini, atau untuk tujuan keselamatan,
pencegahan dan pengesanan penipuan.
Grab, dan rakan kongsi pihak ketiga kami, mungkin menggunakan kuki,
suar web, tag, skrip, objek kongsi tempatan seperti HTML5 dan Flash
(kadangkala dipanggil “kuki flash“), pengenal pengiklanan (termasuk pengecam mudah alih seperti IDFA Apple atau ID Pengiklan Google) dan teknologi yang serupa (“Kuki“)
yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web dan Aplikasi oleh anda. Kuki
mungkin mempunyai pengecam unik, dan mungkin berada di dalam komputer
atau peranti mudah alih anda, dalam e-mel yang kami hantar kepada anda
dan di laman web kami. Kuki boleh menghantar Data Peribadi tentang anda
dan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, seperti jenis pelayar anda,
pilihan carian, alamat IP, data yang berkaitan dengan iklan yang telah
dipaparkan kepada anda atau yang telah anda klik, serta tarikh dan masa
penggunaan anda. Kuki mungkin persisten atau disimpan hanya semasa sesi
individu.
Grab mungkin membenarkan pihak ketiga menggunakan Kuki di Laman Web
dan Aplikasi untuk mengumpul jenis Data Peribadi yang sama untuk tujuan
yang sama seperti Grab. Pihak ketiga mungkin dapat mengaitkan Data
Peribadi yang mereka kumpulkan dengan Data Peribadi lain yang mereka
mempunyai mengenai anda dari sumber lain. Kami tidak semestinya
mempunyai akses kepada atau mengawal Kuki yang mereka gunakan.
Di samping itu, kami mungkin berkongsi Data Peribadi yang tidak
mengenal pasti anda dengan pihak ketiga, seperti data lokasi, pengenal
pengiklanan, atau hash kriptografi pengenal akaun umum (seperti alamat
e-mel), untuk memudahkan paparan pengiklanan yang disasarkan pada
platform pihak ketiga.
Sekiranya anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpulkan melalui
Kuki di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan kuki dengan menukar tetapan
pelayar internet anda untuk mengelak, menyekat atau menyahaktifkan
kuki, dengan menghapus sejarah pelayaran anda dan melupuskan cache dari
pelayar internet anda. Anda juga mungkin dapat mengehadkan perkongsian
sebahagian Data Peribadi oleh kami ini melalui Aplikasi anda
(Tetapan> Privasi>Iklan) dan tetapan peranti mudah alih anda.
Kami akan mengambil langkah-langkah sah, organisasi dan teknikal yang
munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi. Ini
termasuk langkah-langkah untuk mencegah kehilangan data, atau data
tersebut daripada digunakan atau diakses dengan cara yang tidak
dibenarkan. Kami menghadkan akses kepada data peribadi anda daripada
kakitangan kami dengan asas “keperluan untuk mengetahui”. Mereka yang
memproses data peribadi anda hanya akan melakukannya secara sah dan
dikehendaki untuk mengendali maklumat anda secara rahsia.
Walau bagaimanapun, sila faham bahawa penghantaran maklumat melalui
internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami akan melakukan yang
terbaik untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin
keselamatan data anda yang ditransmisikan melalui sebarang cara dalam
talian, oleh itu, sebarang penghantaran tetap pada risiko anda sendiri.
Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Dasar
ini pada bila-bila masa dengan memuat naik Dasar yang telah dikemas
kini di Laman Web. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami secara
berterusan selepas muat naik tersebut, membeli produk dari Grab atau
terus berkomunikasi atau terlibat dengan Grab berikutan pengubahsuaian,
kemas kini atau pindaan kepada Dasar ini, anda menandakan penerimaan
anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan yang
berkaitan dengan Data Peribadi anda, ingin membuat permintaan untuk
mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, atau ingin menarik balik
persetujuan anda berkenaan dengan Data Peribadi yang diproses oleh kami,
sila hubungi:
Office Grab Authorised Alpha Driver
NO 7-1, JALAN SRI PERMAISURI 8, BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR
Contact No.: +6011-5050 3535
Asal Dasar Privasi ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Sekiranya
berlaku sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa lain,
versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.