Grab terus komited untuk memastikan kesejahteraan lebih 180,000 Rakan Pemandu dan Penghantar di Malaysia dengan menawarkan pelbagai manfaat dalam bentuk perlindungan sosial, insurans, bantuan kewangan, dan sokongan tambahan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mereka mengurus kehidupan dengan lebih baik tetapi juga memastikan keselamatan dan kestabilan kewangan mereka terjamin.
Sebagai langkah untuk membantu Rakan Grab merancang kewangan mereka dengan lebih baik, Grab telah memperkenalkan beberapa skim perlindungan sosial:
✅ Sumbangan lebih RM10 juta kepada KWSP i-Saraan sejak 2021 – Rakan Grab kini mempunyai pilihan untuk menyimpan dan merancang masa depan dengan lebih baik menerusi caruman KWSP. Bagi rakan yang berada di peringkat atasan, Grab turut menaja sepenuhnya caruman ini.
✅ Lebih RM4 juta disalurkan kepada PERKESO menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 2024 – Ini bertujuan untuk memastikan lebih 180,000 Rakan Grab mendapat perlindungan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh.
Sebagai penghargaan kepada komitmen mereka, Grab menyediakan beberapa perlindungan insurans untuk memastikan keselamatan Rakan Grab dalam pelbagai situasi.
🛡️ Group Personal Accident (PA) Insurance – Insurans percuma untuk rakan-pemandu Grab semasa perjalanan bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
🛡️ Insurans Kemalangan RPG 24/7 – Perlindungan percuma untuk rakan-penghantar Grab, sama ada semasa bekerja atau di luar waktu kerja. Ini memastikan mereka dilindungi sepanjang masa.
🛡️ Personal Accident Plus Insurance (PA+) – Insurans mampu milik dengan kos rendah, direka khas untuk Rakan Grab bagi memberikan perlindungan tambahan kepada mereka serta keluarga
📌 1 daripada 10 Rakan Grab kini berdaftar dengan PA+.
Untuk membantu Rakan Grab mengurus perbelanjaan harian dengan lebih baik, Grab menyediakan Advance Vouchers, yang membolehkan mereka membeli barangan keperluan dengan pembayaran ansuran harian tanpa sebarang caj tersembunyi.
📌 Antara manfaat utama yang diberikan:
✅ Baucar khas untuk perbelanjaan harian seperti petrol, barangan runcit, serta penyelenggaraan kenderaan.
✅ Pembayaran fleksibel tanpa caj tambahan, membolehkan Rakan Grab membuat bayaran dalam jumlah kecil setiap hari tanpa membebankan kewangan mereka.
✅ Lebih 73,000 baucar telah dibeli oleh Rakan Grab, merangkumi 5 kategori utama:
Untuk membantu Rakan Grab yang memerlukan pembiayaan kewangan dengan lebih mudah dan selamat, Grab memperkenalkan Grab Cash Financing-i (CFi), satu produk pembiayaan patuh Shariah dengan kaedah pembayaran balik harian yang fleksibel dan automatik
📌 Manfaat utama CFi:
✅ 1 daripada 4 Rakan Grab kini memanfaatkan pembiayaan ini, menunjukkan keperluan yang tinggi dalam kalangan mereka.
✅ >50% daripada jumlah pemohon telah menggunakan kemudahan ini lebih daripada sekali, menandakan kepercayaan mereka terhadap perkhidmatan ini.
✅ 5 kegunaan utama CFi:
Melalui pelbagai inisiatif ini, Grab membuktikan komitmennya dalam membantu Rakan Pemandu dan Penghantar menikmati kehidupan yang lebih baik, lebih stabil, dan lebih terjamin dari segi kewangan serta perlindungan sosial. Dengan sokongan yang berterusan, mereka dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sambil menikmati manfaat yang disediakan
🚀 Dengan Grab, masa depan lebih terjamin!