Apakah itu Additif ester
Additif ester dalam minyak enjin memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi dan keselamatan enjin
Penting ke additive ester ni dalam minyak hitam untuk motor rider-rider Grab?
Rider Grab banyak terlibat dengan menunggang motorsikal secara berterusan dalam keadaan yang ekstrem. Penjagaan enjin menjadi asas penting bagi memanjangkan jangka hayat enjin motorsikal. kebanyakan rider grab menjalankan aktiviti harian dengan mengunakan motosikal. seperti kita tahu motorsikal mengunakan minyak hitam dengan lebih kerap penukaran dengan tempoh masa yang lebih pendek.
ini kerana enjin motorsikal yang bersifat high “rev per minute” RPM berbanding kenderaan yang lain menyebabkan pertukaran minyak hitam perlu dilakukan dengan lebih kerap. Dash oil dengan ester khas untuk perlindungan dan mengunaan bagi memanjangkan jangka hayat motorsikal bagi hasil yang lebih baik.
Kelebihan additif ester
Penambah Ketumpatan
Ester dapat digunakan sebagai penambah ketumpatan dalam minyak enjin, memastikan kelikatan yang sesuai pada pelbagai suhu operasi. Ini penting kerana ia membolehkan minyak enjin untuk menyediakan perlindungan yang baik pada suhu tinggi dan rendah serta semasa enjin beroperasi dalam keadaan berat.
Perlindungan Pengoksidaan
Ester mempunyai sifat ketahanan terhadap pengoksidaan, membantu mengurangkan pembentukan endapan dalam enjin akibat tindak balas kimia dengan oksigen. Ini membantu mengekalkan kebersihan enjin dan mencegah pencemaran minyak.
Stabiliti Termal
Additif ester dapat meningkatkan kapasiti minyak enjin untuk menahan suhu tinggi dalam keadaan ekstrem, seperti semasa operasi enjin yang berat atau dalam keadaan perlumbaan.
Kesesuaian Bahan
Minyak enjin yang mengandungi additif ester cenderung bersifat selaras dengan pelbagai bahan seperti segel, getah, dan bahan bukan logam lain yang digunakan dalam enjin. Ini membantu mengurangkan risiko kebocoran dan masalah kesan sampingan lain yang berkaitan.
Frequently Asked Questions
E-hailing, singkatan untuk electronik hailing, merujuk kepada proses tempahan perkhidmatan pengangkutan atau penghantaran melalui platform digital. Baca lagi di sini : https://grabdriver.com.my/pemandu-e-hailing/
Pastikan untuk memeriksa dan memastikan tahap minyak enjin, air penyejuk, dan brek berada pada paras yang mencukupi. Baca lagi di sini : https://grabdriver.com.my/strategi-mengendalikan-kereta-rosak/
Apabila lesen PSV anda tamat tempoh atau expired, anda perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbaharuinya. Berikut adalah panduan umum mengenai apa yang perlu anda lakukan : Baca di sini : https://grabdriver.com.my/lesen-psv-expired/