Jika anda ingin menjadi pemandu GrabCar, salah satu syarat utama ialah kenderaan anda mesti memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Grab. Kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu berada dalam keadaan baik, mempunyai insurans e-hailing, dan lulus pemeriksaan yang diperlukan.
Sebelum mendaftar sebagai pemandu, pastikan kenderaan anda memenuhi syarat berikut:
Berumur kurang dari 15 tahun dari tarikh pendaftaran kenderaan.
Kenderaan 4 pintu (hatchback, sedan, atau MPV).
Boleh memuatkan sekurang-kurangnya 4 penumpang (tidak termasuk pemandu).
Kenderaan dalam keadaan baik & bersih – tiada kerosakan besar.
Memiliki insurans e-hailing yang sah.
*Jika model kereta anda TIDAK disenaraikan dalam Senarai Kereta Ditolak ini, ini bermakna model itu diterima dalam Grab.
Â
**Selaras dengan peraturan e-hailing Malaysia, hanya kenderaan yang dikeluarkan kurang daripada 15 tahun akan diterima. Walau bagaimanapun, dimaklumkan bahawa kenderaan yang berumur 15 tahun ke atas tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan melebihi 15 tahun.
Â
Contohnya: Jika kenderaan anda berumur 9 tahun dan 5 bulan apabila cukai jalan anda tamat tempoh, anda hanya boleh memperbaharuinya sehingga 10 tahun.
“Jom datang sekarang! Kami akan membimbing anda melalui setiap langkah dengan lancar.”