APAKAH SYARAT SYARAT UNTUK MENDFTAR MENJADI PEMANDU GRAB CAR?

Ia agak berbeza-beza bergantung kepada negara dan wilayah tempat layanan tersebut beroperasi. Berikut adalah beberapa syarat kereta yang perlu ada untuk mendaftar sebagai pemandu Grab Car:

Daftar grab jb

Hanya kenderaan yang dikeluarkan kurang dari 15 tahun akan diterima Untuk grab car hanya kereta yang tahun pembuatan tidak lebih dari 15 tahun layak untuk didaftarkan sebagai kenderaan pemandu grab car.

02. Grab Car fokuskan kepada jenis kenderaan

Secara umumnya, Grab menghadkan usia kenderaan yang boleh digunakan sebagai kenderaan untuk grab car. Selaras dengan peraturan e-hailing di Malaysia, Hanya kereta yang dikeluarkan dalam tempoh 15 tahun yang lalu layak untuk didaftarkan sebagai kenderaan pemandu grab.

Kenderaan grab car harus berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dinaiki. Bagi kereta yang tahun pembuatannya sudah melebihi 3 tahun, kereta yang berdaftar untuk grab car diwajibkan untuk membuat PUSPAKOM. Pemeriksaan Kenderaan Puspakom (Berkala E-Hailing) merupakan syarat daripada Kementerian Pengangkutan bagi pemandu E-Hailing sekiranya kenderaan berusia 3 tahun ke atas. Biasanya dilakukan sebelum cukai jalan tamat tempoh. Mengikut Peraturan E-Hailing, tempoh pembaharuan (6 bulan atau 1 tahun) cukai jalan untuk rakan pemandu E-Hailing bergantung kepada tarikh tamat terdekat dokumen-dokumen rakan pemandu seperti insuran E-Hailing dan permit kenderaan E-Hailing (EVP).

Pastikan kenderaan yang ingin digunakan untuk grab car memiliki insuran yang bersesuaian termasuk insuran yang mempunyai perlindungani kegiatan E-Hailing samada perlindungan secara tahunan atau harian. Terdapat beberapa senarai insuran yang panel dengan grab, dimana insuran tersebut mempunyai perlindungan E-Hailing secara harian dan juga tahunan (cth: Allianz, Zurich, Etiqa, Kurnia, MPI Generalli). Antara insuran yang tidak diterima oleh grab bagi pendaftaran grab car termasuk Takaful Malaysia, RHB insuran, Tune insuran, AIA. Senarai insurance ini tidak diterima Grab kerana tidak mempunyai perlingan E-Hailing secara tahunan mahupun harian.

06. Kapasiti penumpang Grab Car

Kenderaan dengan kapasiti penumpang yang tidak mencukupi juga tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai kenderaan grab car. Sebagai contoh, motosikal atau kereta yang hanya mampu menampung satu atau dua penumpang mungkin tidak memenuhi standard grab car, yang biasanya memerlukan kapasiti minimum.

Kenderaan yang tidak memenuhi standard keselamatan dan keadaan teknikal tertentu juga boleh ditolak oleh grab car. Ini termasuk kenderaan yang rosak atau tidak terjaga dengan baik, kerana perkara ini boleh membahayakan penumpang dan merosakkan reputasi grab car sebagai perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

Kami bakal untuk membantu kamu untuk menjadi Grab Food dan Grab car dengan laju dan senang.

Mendaftar sebagai rakan kongsi Grab memerlukan kenderaan yang memenuhi beberapa keperluan teknikal dan keselamatan. Penting bagi calon rakan kongsi untuk memahami standard yang ditetapkan oleh Grab untuk memastikan kenderaan mereka dapat diterima. Dengan mematuhi peraturan-peraturan ini, rakan kongsi Grab dapat menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa untuk penumpang mereka.