GrabFood kini menjadi platform penghantaran makanan yang popular di Malaysia. Sama ada anda ingin menjadi rakan penghantar makanan (rider) atau peniaga makanan di GrabFood, proses pendaftaran adalah mudah dan cepat. Artikel ini akan membimbing anda tentang cara daftar GrabFood untuk memulakan perjalanan anda sebagai sebahagian daripada ekosistem Grab.
Menjadi Grab Driver menawarkan pelbagai kelebihan seperti:
Pendapatan Fleksibel
Anda boleh memilih masa bekerja mengikut keselesaan anda.
Bonus Menarik
Nikmati insentif dan bonus apabila mencapai sasaran tertentu.
Pendaftaran Mudah
Proses daftar GrabFood boleh dilakukan secara dalam talian.
Layari laman web Grab Hub Cheras di sini. Klik pada bahagian "Daftar sebagai Penghantar". Isikan butiran seperti nama, nombor telefon, dan alamat e-mel.
MyKad (depan dan belakang), Lesen memandu (P atau kompeten) dan roadtax.
Anda perlu melengkapkan kursus dalam talian. Hanya perlu habiskan video dan jawab soalan quiz. setelah siap baru HQ boleh process permohonan anda.
Setelah semua dokumen disahkan. Anda perlu menunggu untuk process pengaktifan akaun. Setelah lulus anda akan dipanggil untuk mengambil bagkit dan aktifkan ID. Setelah selesai pengambilan bag anda boleh memulakan pekerjaan.
“Jom datang sekarang! Kami akan membimbing anda melalui setiap langkah dengan lancar.”