Bantuan RM500 kepada pemandu e-hailing


Daftar Pemandu Grab

Sejumlah 120,000 pemandu e-hailing bakal menerima bantuan sekali dapat (one-off ) sebanyak RM500 seorang di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).- Gambar Hiasan

Bantuan RM500 Kepada Pemandu E-Hailing

KUALA LUMPUR- Sejumlah 120,000 pemandu e-hailing bakal menerima bantuan sekali dapat (one-off) sebanyak RM500 seorang di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

“Saya tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi meringankan beban mereka, kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari
ini.

Sebelum ini, kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 telah mengumumkan bayaran off-one sebanyak RM600 kepada semua pemandu teksi bermula 1 April ini.- MalaysiaGazette

Credit To: Norlaile Abd Rahman – MalaysiaGazette – 27 March 2020


Daftar Pemandu Grab