Lesen PSV untuk pemandu Grab

Apakah itu PSV?

PSV adalah short form kepada Public Service Vehicle. Lesen ini adalah wajib jika anda mengambil penumpang atau barangan yang berbayar atau lebih mudah dikenali sebagai Lesen Teksi, Lesen Bas.

Adakah PSV wajib untuk diambil sebelum mendaftar Grab?

Sementara tidak ada lagi jawapan yang muktamad sama-ada kategori E-hailing adalah SAMA dengan kategori Jurupandu (JP) dan teksi.

Pihak Grab masih berbincang dengan SPAD/APAD, JPJ dan Kementerian Pengangkutan untuk mencapai persetujuan yang munasabah dan adil kepada para pemandu Grab dan E-hailing lain. Dari info dalam, pihak Grab bercadang untuk memperkenalkan kategori PSV E-hailing sebab kebanyakan pemandu Grab hanya memandu secara Part Time.

Proposal SPAD 2018

Bilakah undang-undang PSV akan dilaksanakan terhadap pemandu E-hailing?

Secara Rasminya, 11hb Oktober 2019 adalah hari terakhir dari Menteri Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Perhatian: April 2019, Grab telah mengumumkan bahawa PSV adalah wajib mulai 12hb Julai 2019. Check post di bawah cara memohon dan apa beza dengan PSV teksi biasa.

Perlukah anda mengambil PSV sekarang untuk mengelakkan huru-hara pada bulan Jun/Julai nanti?

Pada pendapat saya, kalau anda ingin menambah alternatif selain dari hanya memandu Grab, anda boleh mengambil lesen PSV, sebab anda boleh menceburi kerjaya dalam memandu teksi dan bas pada masa depan.

Bolehkah anda mendaftar Grab sekarang tanpa Lesen PSV?

Boleh tetapi sehingga 12th Julai sahaja anda boleh pandu tanpa PSV. Anda masih boleh mendaftar tanpa perlu mengambil lesen PSV. Rujuk post di bawah cara mendaftar Grab tanpa perlu hadir ke HQ dan dapatkan kredit percuma RM20 hari ini.

[UPDATE APRIL 2019] Cara Memohon Grab EVP Dan Claim Subsidi Dari Grab

Kalau anda dah mendapat lesen PSV dan lulus semakan PUSPAKOM. Anda boleh mula memohon EVP (E-Hailing Vehicle Permit) melalui form di bawah. Kos EVP RM115 akan ditanggung oleh Grab.

[UPDATE JULAI 2019] Pemandu Grab diberi 3 bulan patuhi syarat operasi

Kerajaan bersetuju memberi tempoh tambahan tiga bulan kepada semua pemandu e-hailing atau Pemandu Grab yang masih belum mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

TARIKH AKHIR UNTUK PERMOHONAN LESEN PSV – 12 OKTOBER 2019